Skip to main content

Hiburan

Ada Yang Pertikai Pemilihan Aisha Retno Sebagai PGL? Nadia Aqilah Mohon Beri Peluang - “Kita Tak Akan Tahu Selagi…”

Nadia Aqilah

Sekilas

  • Pelakon Nadia Aqilah percaya pemilihan Aisha Retno sebagai Puteri Gunung Ledang telah melalui proses penilaian yang teliti oleh pihak produksi.
  • Beliau menggesa orang ramai memberi peluang kepada generasi muda untuk membuktikan kemampuan mereka di pentas teater.
  • Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical menampilkan dua pelakon bagi watak utama dan dijangka menjadi produksi teater yang dinantikan tahun ini.

Pelakon, Nadia Aqilah tampil memberikan pendapatnya berhubung komen segelintir pihak yang merasakan pemilihan penyanyi, Aisha Retno sebagai watak Puteri Gunung Ledang di Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).

Menurut pemilik nama Nadia Aqilah Bajuri ini, dia percaya setiap individu yang dipilih telah melalui proses penilaian yang sewajarnya daripada pihak produksi.

Sehubungan dengan itu, pelakon filem Libang Libu ini berharap orang ramai memberikan peluang terutama sekali kepada generasi muda untuk membuktikan keupayaan mereka.

“Kadang-kadang kita tak tahu sesuatu itu boleh atau tidak sampai perkara itu betul-betul berlaku di hadapan kita.

“Apa yang saya boleh cakap, tak senang nak berada di atas pentas kerana memerlukan komitmen dan dedikasi yang sangat tinggi.

“Jadi, berilah peluang kepada generasi muda samada mereka mempunyai pengalaman atau tidak.

“Bagi peluang dulu kemudian barulah kita nak komen atau sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, pihak produksi memaklumkan pementasan kali ini tampil dengan sedikit kelainan apabila menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Selain Mila, penyanyi Aisha Retno turut diumumkan sebagai pemegang watak Puteri Gunung Ledang.

Walau bagaimanapun, ada di kalangan warganet berpendapat pemilihan Aisha Retno sebagai Puteri Gunung Ledang tidak begitu sesuai.

Sementara itu, penyanyi Mimi Fly dan pelakon Nadiah Aqilah pula dipilih sebagai pemeran watak Bayan.

Turut diumumkan, Luqman Hafidz bakal memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi antara produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir dua dekad sejak ia dipentaskan buat kali pertama.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement