Skip to main content

Selebriti

Mahu Mulakan Hidup Baru, Meerqeen Dedah Sedang Buat Persiapan Ke Hollywood - "Saya Sebenarnya..."

Nurin Jasni

Pelakon, Meerqeen tampil memberi penjelasan ringkas berhubung keputusannya untuk berehat seketika daripada media sosial.

Menerusi temubual bersama Era, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam enggan mengulas panjang, namun memaklumkan bahawa dia kini mahu memulakan kehidupan baharu.

Advertisement

"Tiada Komen. Saya cuma mahu mulakan hidup baru. Saya nak rehat untuk sementara waktu terutamanya media sosial," katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut mendedahkan bahawa dia kini sedang membuat persiapan rapi untuk melebarkan sayap ke Hollywood.

"Saya sebenarnya sedang buat persiapan untuk Hollywood," ujarnya

Bagaimanapun, Meerqeen tidak berkongsi lanjut mengenai persediaan tersebut.

Terdahulu, aktor berusia 24 tahun itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh dia berehat, segala kemas kini di media sosialnya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.

Sebelum ini, Merqeen pernah bercita-cita tinggi untuk membina nama di Hollywood selepas berjaya menembusi pasaran di Indonesia.

Dia juga pernah mendedahkan dirinya kini sedang berehat daripada menjalani sebarang penggambaran bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement