Skip to main content

Viral

Mak Cik Blower & Mak Cik Sapu Akhirnya Berdamai, Saling Berpelukan dan Bermaafan – “Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya...”

Makcik blower dah berdamai

Pergaduhan antara dua jiran yang dikenali sebagai makcik blower dan makcik sapu akhirnya berakhir dengan perdamaian apabila kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat untuk berbaik semula.

Menerusi perkongsian di TikTok, kedua-dua pihak dilihat bermaafan dan berpelukan dalam suasana penuh emosi.

Advertisement

“Assalamualaikum, saya Abel (jiran kanan). Kata sepakat telah dicapai dalam majlis kedamaian antara kami bertiga. 

"Saya sendiri ingin memohon maaf sekiranya ada perselisihan faham atau kesilapan daripada pihak saya,” tulisnya.

Abel turut mengakui kesilapannya dan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran bermakna, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan Deepavali.

“Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa lega dan gembira melihat kedua-dua keluarga itu berdamai.

“Alhamdulillah, blower, gayung dan getah paip akhirnya menyatukan kita.

“Dah boleh lepak depan rumah sama-sama sambil makan cucur goreng.

“Ha kan elok macam ni, tak perlu lagi nak main gayung dan blower tiap-tiap hari,” tulis netizen berseloroh.

Sebelum ini, tular rakaman CCTV memaparkan pergaduhan dua keluarga wanita yang bermula dengan pertengkaran mulut sebelum bertukar menjadi pergelutan melibatkan anak-anak mereka.



 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement