Pempengaruh Indonesia, Jule kini didakwa berdepan dengan 'cancel culture' apabila lima jenama di negaranya telah bertindak menamatkan kerjasama mereka bersamanya.
Menerusi perkongisan seorang individu di Threads, dia berkongsi tangkap layar setiap jenama yang membuat kenyataan bahawa mereka telah menamatkan kerjasama dengan wanita terbabit.
Advertisement
Individu berkenaan turut berkata bahawa rezeki yang diterima Jule selama ini hanyalah berkat anak dan suami, namun kini semuanya telah hilang disebabkan tindakan curangnya itu.
"Lima jenama dah putus kerjasama dengan Jule. Masih akan sombong ke kalau begini. Mungkin hanya sebab rezeki tiga anak dari Daehoon dan akhirnya Allah dah ambil semula," tulis pengguna tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka apabila mendengar khabar tersebut kerana menganggap ia adalah balasan yang setimpal untuk mereka yang mencurangi insan tersayang.
"Karma sedang menghampirimu.
"Alhamdulillah.
"Kena buat 'cancel culture' buat orang yang curang.
"Elok putus semua. Kaki curang ni memang tak boleh buat apa," komen netizen
Sebelum ini, Jule menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa berlaku curang meskipun masih berstatus isteri orang.
Dalam masa sama, Daehoon tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai kerana telah menimbulkan rasa kurang senang ramai dengan masalah rumah tangganya bersama Jule.
Sekadar rekod, Jule dan Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.