Sekilas
- Ara Johari berkongsi pengalaman awalnya mencuba nasib dalam ujibakat Akademi Fantasia selepas terinspirasi video peserta Big Stage 2016 di media sosial.
- Dia mengakui perjalanan kariernya penuh cabaran dan banyak perkara perlu dipelajari sendiri untuk sampai ke tahap sekarang.
- Ara berpendapat media sosial kini memudahkan bakat baharu untuk dikenali berbanding zaman dulu yang lebih sukar.
Penyanyi Ara Johari mengimbau kembali detik awal dirinya mencuba nasib dalam ujibakat Akademi Fantasia selepas melihat video peserta Big Stage 2016 di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Ara atau nama penuhnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia juga pernah merakam video untuk tujuan ujibakat ketika mula-mula berjinak dalam industri.
"Bila tengok adik-adik kita buat video uji bakat Big Stage, teringat dulu semasa saya mencuba nasib untuk AF. Ada juga buat video untuk uji bakat,"tulisnya.
Menurut Ara, perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah kerana dia perlu belajar banyak perkara dan melalui pelbagai cabaran.
"Kemudian, bila fikir balik, panjang juga perjalanan aku nak sampai ke tahap sekarang ini. Banyak benda kena belajar sendiri. Macam-macam dugaan kena tempuh," luahnya.
Dalam masa sama, Ara berpendapat zaman sekarang lebih mudah untuk tonjolkan bakat kerana adanya media sosial.
"Zaman sekarang macam seronok. Kuasa media sosial ini kuat. Jadi, sangat senang untuk orang nampak bakat-bakat baharu. Dulu susah dan kena buat langkah demi langkah. Nak nangis kejap sebab saya dah tua,"ujarnya.
Sekadar rekod, Ara merupakan alumni Akademi Fantasia musim ke-13 (AF2016) dan berjaya mendapat tempat keempat.
Sementara itu, juara dimenangi Amir Masdi, diikuti Ammal Shafiq di tempat kedua dan Reshma di tempat ketiga.