Skip to main content

Selebriti

Kekasih Pempengaruh Akui Simpan Nombor Jule Sebagai Zakie, Nafi Ada Hubungan Sulit - "Kami Hanya Sekadar Kawan"

yuka aya

Sekilas

  • Yuka, kekasih kepada pempengaruh Aya Balqis, menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh Indonesia, Jule, walaupun pernah menyimpan nombor Jule dengan nama 'Zakie'.
  • Yuka mengakui hubungannya dengan Aya kini kurang baik dan memohon maaf atas kekhilafannya yang menyebabkan salah faham serta berharap keadaan kembali tenang.
  • Isu ini timbul selepas Aya mendakwa Yuka menyimpan nombor Jule secara rahsia, sementara Jule pula pernah mengaku curang dan dipercayai sudah diceraikan suaminya, Na Daehoon.

Kekasih kepada pempengaruh, Aya Balqis iaitu Yuka tampil menjelaskan isu berhubung dakwaan dia mempunyai hubungan sulit bersama pempengaruh Indonesia, Jule.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Yuka mengakui pernah menyimpan nombor telefon Jule dengan nama ‘Zakie’, namun menegaskan perkara tersebut tidak bermaksud dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan.

"Saya dan Jule hanya sekadar kawan. Saya mengaku saya tukar nama pada nombor telefon Jule tetapi itu bukan sebab kami ada hubungan sulit.

"Saya tukar nombor sebab sejak kes semalam, nama Jule kurang baik dan saya tak mahu orang tuduh macam-macam dan buat tuduhan yang tidak berasas," katanya.

Menurut Yuka, hubungannya bersama Aya sejak kebelakangan ini berada dalam keadaan kurang baik, sekali gus menyebabkan beberapa perkara menjadi sensitif dan mencetuskan salah faham.

"Hubungan saya dan Aya kurang baik dan ia jadi sensitif sehingga berlaku salah faham.

"Itu adalah keputusan peribadi saya dan keputusan tersebut telah mencetuskan kekeliruan besar. Saya sedar cara saya salah," ujarnya.

Dalam masa sama, Yuka turut tampil memohon maaf secara terbuka kepada Aya dan mengakui kekhilafannya kerana tidak menjaga perasaan kekasihnya itu, selain berharap keadaan akan kembali tenang.

"Buat Aya, saya mohon maaf. Saya sedar saya dah sakiti kamu dan sepatutnya lebih memhami perasaan kamu. Saya akan bertanggungjawab tanpa menuduh kesalahan pada sesiapa. Sekarang saya akan serahkan pada waktu dan semoga semuanya lebih tenang," jelasnya.

Sebelum ini, nama Jule sekali lagi menjadi perbualan hangat warganet selepas pempengaruh Malaysia, Aya Balqis memuat naik video mendakwa pempengaruh Indonesia itu mempunyai hubungan sulit bersama kekasihnya, Yuka.

Dalam hantaran sama, Aya turut mendedahkan bahawa Yuka menyimpan nombor telefon Jule sebagai ‘Zakie’ bagi mengelakkan hubungan mereka diketahui.

Terdahulu, Jule pernah mengaku curang dengan seorang petinju, Sjafrie Ramadhan dan dipercayai telah diceraikan oleh suaminya, Na Daehoon.

Sebagai rekod, Jule dan Na Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Must-Watch Video

Advertisement