Skip to main content

Selebriti

"Kalau Saya Nak Seseorang, Saya Akan Cari Sama Macam Khayrisyah Kemal" - Baiboek

Astrogempak

Sekilas

  • Baiboek dan Khayrisyah Kemal hanya berkawan rapat dan sering bekerjasama buat content di TikTok.
  • Baiboek masih bujang dan mahu perbaiki diri sebelum mencari pasangan, walaupun tidak menolak kemungkinan jodoh dengan Khayrisyah.
  • Dia harap bakal pasangan dapat menyokong perkembangan kerjaya sebagai content creator tanpa menghalang kreativiti.

Pempengaruh media sosial, Baiboek menjelaskan status hubungannya dengan pelakon Khayrisyah Kemal yang sering dilihat membuat video bersama di TikTok miliknya.

Menurut Baiboek atau lebih mesra disapa sebagai Bai, mereka hanyalah berkawan, namun akui hubungan mereka amat rapat.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Kami cuma berkawan dan mesra. Kalau ada sesuatu yang istimewa, saya simpan sendiri. Khairisyah sangat memberi, dan saya suka orang yang membantu  saya buat content.

"Status saya masih bujang, sejujurnya memang saya nak rasa ada seseorang, tapi saya serahkan soal jodoh pada Tuhan,"katanya kepada Gempak.

Bai juga mengakui bahawa dia mahu mencari wanita seperti Khayrisyah dan pernah bergurau bahawa mereka mungkin akan bersama jika masing-masing masih belum bertemu pasangan suatu hari nanti.

"Saya pernah cakap dekat Khayrisyah, kalau saya nak seseorang, saya nak cari macam dia. Kami kawan baik, dah lama kenal dan memang rapat.

"Memang tipikal bila lelaki dan perempuan berkawan selalu bergurau kalau kami berdua masih single pada umur tertentu, kami akan Bersama,"ujarnya.

Bagaimanapun, Bai menegaskan dia mahu memperbaiki diri dahulu sebelum benar-benar mencari pasangan.

"Tapi sebelum saya nak melamar sesiapa, saya perlu perbaiki diri dulu. Khayrisyah cantik, sampai saya pun rasa segan duduk sebelah dia. Tapi Alhamdulillah, setakat ini orang menerima content kami dengan baik,"kongsinya.

Bai turut tidak menolak kemungkinan jodoh bersama Khayrisyah, namun dia berharap bakal pasangannya adalah seseorang yang boleh mendorong dia untuk terus berkembang sebagai content creator.

"Saya tak menolak kemungkinan jodoh bersama dia, tapi saya harap jodoh itu dapat dorong saya untuk terus berkembang. Sebelum ini, saya pernah ada pasangan yang tidak memberi saya ruang untuk grow. Tahun lepas, tahun pertama saya bebas dari kekangan itu, saya betul-betul fokus dan berkembang dalam buat content media sosial," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement