Skip to main content

Selebriti

Netizen Tanya Soal Penjara & Suami, Kim Seri Jawab - “Kalau Memang Milik Saya…”

Kim seri

Sekilas

  • Kim Seri berkongsi mesej pengguna media sosial yang mendakwa suaminya mungkin akan cari wanita lain jika dia dipenjarakan, namun dia memilih untuk berserah pada takdir dan percaya soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.
  • Kim Seri juga menyatakan jika selepas keluar penjara dia tidak bersama suaminya, dia tetap akan memilih pasangan dari Korea jika diberi peluang berumah tangga lagi.
  • Kim Seri kini menghadapi kontroversi selepas didakwa menipu pakej pelancongan ke Korea Selatan dengan kerugian RM500,000 dan berjanji membayar balik selewat-lewatnya Februari 2025, namun bayaran balik masih belum diterima mangsa.

Pempengaruh, Kim Seri berkongsi tangkap layar mesej seorang pengguna media sosial yang mendakwa bahawa sekiranya dia dipenjarakan, suaminya berkemungkinan akan mencari wanita lain dan berpisah dengannya.

Bagaimanapun, Kim Seri dilihat tidak melatah dengan mesej berkenaan, sebaliknya menjelaskan bahawa dia kini berada dalam fasa berserah kepada takdir serta percaya soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

"Di fasa tidak lagi menggengam segalanya terlalu erat. Kalau memang milik saya, akan tetap jadi milik saya. Kalau dia menemui lebih baik, alhamdulillah saya bersyukur dan tetap akan berbahagia untuk dia," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Kim Seri turut menyatakan bahawa sekiranya selepas keluar dari penjara dia tidak lagi bersama suaminya, dia masih akan memilih pasangan dari Korea jika dia diberi peluang untuk berumah tangga sekali lagi.

"Cuma kalau dah keluar penjara dan dia bukan milik saya lagi dan ditakdirkan saya berjodoh lagi, saya akan tetap memilih suami Korea," ujarnya.

Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.

Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.

Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran balik.

Untuk info, Seri yang kini menetap di Korea telah mendirikan rumah tangga bersama Choi Amin yang merupakan warnagera di sana.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement