Wakil peguam syarie Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan mengesahkan bahawa Datuk Red telah memfailkan pengesahkan rujuk terhadap bekas isterinya yang merupakan penyanyi, Adira Suhaimi pada Rabu lalu.
Menurut sumber, Akmal telah menerima arahan daripada anak guamnya sekitar lima bulan lalu selepas mendapati terdapat berlakunya rujuk dalam iddah.
"Kes ini masih lagi dalam peringkat sebutan, cuma apa yang saya boleh katakana ialah ada berlaku rujuk tanpa pengesahan.
"Sebenarnya perkara ini sudah lama dibincangkan tetapi saya hanya bertindak mengikut rahannya kira-kira lima bulan lepas," katanya.
Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu Ketika dihubungi bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai pengesahan rujuk tersebut.
"Setakat ini saya tiada apa nak komenn, semuanya tunggu pada hari sebutan nanti," ujarnya.
Bagaimanapun, Adira akui terkejut selepas dimaklumkan bahawa Datuk Red didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya.
Katanya, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh peguam.
"Saya baru sahaja menerima maklumat ini. Sebelum ini, saya langsung tidak tahu dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba. Saya serahkan sepenuhnya kepada peguam. Buat masa ini, saya tidak boleh berkongsi apa-apa kerana masih berbincang dengan peguam," jelasnya.
Terdahulu, timbul dakwaan Adira dan Datuk Red telah rujuk semula ketika masih dalam tempoh idah.
Malah, satu kes pengesahan rujuk dikatakan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada rabu lalu dan sebutan dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari 2026.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.
Sumber: Mstar