Sekilas
- Seekor buaya Nil sepanjang empat meter ditemui berkeliaran di sebuah hotel mewah berhampiran Victoria Falls, Zimbabwe.
- Haiwan itu dilihat cuba memanjat tembok ke dapur hotel dan kemudian berjalan ke kaunter bufet, menyebabkan kekecohan di kalangan tetamu dan pekerja.
- Pekerja hotel mengawal keadaan dan memastikan keselamatan tetamu sepanjang insiden tersebut.
Tetamu dan pekerja di sebuah hotel mewah berdekatan Victoria Falls berada dalam ketakutan serta terkejut selepas terjumpa seekor Buaya Nil yang sedang berkeliaran di dalam hote.
Buaya dengan ukuran empat meter itu dilaporkan ditemui berlegar-legar di kawasan antara Riverside Zambezi dan A’zambezi Riverside Lodge di Zimbabwe.
Video haiwan yang dipercayai kelaparan selepas dilihat berusaha memanjat tembok ke dapur hotel tersebut menjadi tular di media sosial, lapor The Telegraph.
Menurut laporan sama, selepas gagal memanjat tembok, buaya tersebut telah berjalan ke arah kaunter buffet.

Insiden tersebut menyebabkan pekerja hotel mengawal keadaan dengan memberitahu tetamu merek berada dalam keadaan selamat.
“Pelayan hotel beritahu kami seolah-olah buaya tersebut tetamu berbayar yang sedang datang dan cuba menjamu selera di hotel ini. Apabila gagal mendapatkan meja, maka haiwan itu pergi ke dapur,” ujar seorang pengunjung.
Buaya Nil adalah ada reptilia pemangsa yang merupakan buaya kedua terbesar di dunia selepas buaya air masin.