Sekilas
- Filem biopik Michael Jackson mula ditayangkan pada 24 April 2026 dan menerima kritikan negatif daripada para pengkritik filem.
- Filem ini dikritik kerana tidak menyentuh skandal seks yang pernah melibatkan Michael Jackson dan dianggap memaparkan versi yang lebih baik daripada kisah sebenar.
- Walaupun filem kurang mendapat sambutan, Jaafar Jackson yang membawa watak Michael menerima pujian atas lakonannya yang berkesan.
Filem biopik Michael Jackson mula ditayangkan di seluruh dunia pada 24 April 2026. Bukan menerima pujian, sebaliknya kebanyakan reviu mengenai filem Raja Pop dunia itu dikritik oleh para pengkritik filem.
Rotten Tomatoes malah memberikan hanya 35 peratus atau dua daripada lima bintang kepada filem tersebut manakala ramai pengkritik lain turut menyifatkan Michael Jackson dilahirkan dalam ketidak telusan terutama soal skandal yang melingkari kehidupan beliau sebelum ini.
BBC pula melaporkan ada dalam kalangan pengkritik melabel biopik tersebut telah ‘dicuci’ dengan versi yang lebih baik terutama pada kehidupan peribadi.
Biopik itu mengangkat kisah perjalanan Michael bersama Jackson 5 sebelum menakluk dunia secara solo menerusi bakat luar biasa yang dimilikinya.

Namun filem tersebut langsung tidak menyentuh tentang skandal seks yang menjadikan kisah hidupnya ‘panas’.
The Hollywood Reporter mengatakan Michael Jackson hanya membawa cerita baik dan penerimaan peminat terhadap karya-karyanya yang menemani hidup mereka.
Telegraph pula menulis biopik itu menolak menampilkan kisah sebenar yang disimpan dalam ‘peti’.
Meski keseluruhan filem itu disifatkan tidak mencapai sasaran, Jaafar Jackson yang membawakan watak figuna ikonik dunia itu menerima pujian pada penampilan.
Jaafar merupakan anak kepada abang Michael iaitu Jermaine Jackson menerima pujian meluas kerana berjaya menghidupkan watak bapa saudaranya dengan berkesan.