Skip to main content

Selebriti

Beli Untuk Jaga Keharmonian Rumah Tangga, Netizen Terhibur Tengok Ubai 'Review' Batu Aliff Syukri - "Ini Organik Dan..."

Ubai batu

Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ menarik perhatian warganet selepas memuat naik video 'review' batu yang dibeli daripada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri. 

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ubai sempat memuji bungkusan serta barangan yang disifatkan sebagai kemas dan berkualiti.

"Dah sampai barang dari Dherbs, packaging sangat mega dan tidak mengecewakan. Harga pun amat bersesuaian. Batu tiada kerosakan. Saiz juga tidak mengecewakan. Lekuk batu pun cantik . Ini organik dan bebas campuran kimia," katanya.

Lebih menarik, Ubai turut berkongsi tujuan dia membeli batu tersebut dan menunjukkan cara penggunaan  barangan tersebut. 

Jelasnya, dia membeli batu tersebut adalah untuk menjaga keharmonian rumah tangga seperti yang diperkatakan oleh Aliff sebelum ini.

"Tujuan batu ini dibeli adalah untuk keharmonian sesuatu rumah tangga bak kata Aliff.

"Jom saya tunjuk cara membasmi penyondol. Bayangkan patung ini adalah penyondol yang singkatkan baju untuk tayang badan. Batu ini dibaling. Kalu rasa nak lepas geram, baling lagi,"ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Ubai selain memuji konsep 'review' yang dikongsikannya.

"Mantap konsep 'review' dia.

"Kelakar la.

"Aku terhibur.

"Ya ampun Ubai, macam mana boleh terjebak juga," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement