Skip to main content

Selebriti

Arena Wan Dedah Realiti Industri Seni, Akui Wujud Budaya Nepotisme & Kroni - "Saya Rasa Ia Tidak Adil..."

Arena goodday

Sekilas

  • Pelakon Arena Wan dedahkan wujudnya budaya nepotisme dan kroni dalam industri seni tanah air yang mempengaruhi peluang kerja.
  • Arena akui pada awalnya dia sangka peluang dalam industri hanya berdasarkan bakat dan rezeki, tapi sebenarnya ada yang dapat melalui 'connection' atau kroni.
  • Dia harap sesiapa yang guna kelebihan hubungan tetap perlu lalui proses sama seperti orang lain dan tunjuk minat serta komitmen serius.

Pelakon, Arena Wan mendedahkan bahawa wujudnya budaya nepotisme dan kroni dalam industri seni tanah air.

Menurutnya, pada awal penglibatan dalam industri, dia kurang memahami budaya tersebut sehinggalah dimaklumkan bahawa ada sesetengah tawaran kerja diperoleh melalui hubungan atau ‘cable’.

Arena sebelum ini, menyangka industri seni hanya menilai pada bakat dan rezeki semata-mata.

"Saya masih anggap diri saya baru dalam industri walaupun saya dah 7 tahun bergelar pelakon. Kali pertama saya masuk dalam industri, saya mulanya tidak memahami budaya industri.

"Saya ada dengar sesetengah kerja menggunakan 'connection' atau melalui kawan industri yang ada pangkat tinggi atau kroni. Pada awal penyertaan, saya ingat ia hanya berdasarkan pada bakat dan rezeki," katanya kepada Gempak.

Arena berkata demikian ketika ditemui di pelancaran rasmi 'Video Terhebat' Goodday Charge di TGV Alamanda, Putrajaya pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu, aktres drama Generasi Perfect 10 itu mengakui budaya berkenaan sedikit tidak adil kepada individu yang berusaha keras menghadiri pelbagai sesi uji bakat demi mendapatkan peluang pekerjaan.

Katanya, jika seseorang ingin menggunakan kelebihan yang dimiliki, individu tersebut perlu melalui proses yang sama seperti orang lain serta menunjukkan minat dan komitmen.

"Saya rasa ia sedikit tidak adil bagi saya sebab kita ada ramai yang berbakat di luar sana tetapi tidak diberikan peluang. Sedih melihat orang yang betul-betul berusaha untuk sertai pelbagai 'casting'.

"Kalau nak guna kroni atau kedudukan, sekurang-kurangnya saya sarankan untuk melalui proses yang sama seperti orang lain.

"Saya akui 'cable' dan nepotisme adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Perkara itu tidak pernah hilang terutama apabila ada ibu bapa yang ternama dalam industri.

"Walaupun mereka ada 'connection', saya harap mereka kena tunjuk minat, usaha keras dan memandang serius perkara itu," ujarnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement