Skip to main content

Selebriti

Beto Kusyairy Hargai Pandangan Penonton, Tonton Karya Di Saluran Yang Sah - “Masing-Masing Punya Hak, Citarasa Itu Subjektif”

Beto

Sekilas

  • Beto Kusyairy menghargai setiap pandangan penonton walaupun ada yang tidak sependapat dengan karya lakonannya.
  • Beto menegaskan perbezaan citarasa adalah perkara biasa dan penting untuk menonton karya di platform yang betul.
  • Beto kini mempunyai dua filem sedang ditayangkan di pawagam iaitu Gayong 2 dan Libang Libu.

Pelakon, Beto Kusyairy menghargai menghargai setiap pandangan penonton terhadap karya lakonannya walaupun ada yang tidak sependapat.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Beto berkata perbezaan pendapat adalah perkara biasa kerana setiap individu mempunyai citarasa berbeza dan tidak boleh dipaksa.

“Tak mengapa. Masing-masing keluar duit menonton di panggung, jadi masing-masing punya hak. Agree to disagree. Citarasa itu subjektif. Simple,” coretnya.

Bagaimanapun kata Beto, dia bersyukur kerana penonton menonton karya dilakonkan menerusi saluran yang betul.

“Yang paling aku hargai bila menonton di platform yang sepatutnya supaya kami boleh terus menambahbaik untuk karya-karya akan datang.

“Semoga industri perfileman semakin berkualiti dengan sokongan kalian insyaAllah. Thank you tau,” tulisnya.

Untuk info, dua naskhah lakonan Beto yang sedang ditayangkan di pawagam adalah filem Gayong 2 dan juga Libang Libu.

Sumber: Threads @beto_kusyairy

Anda mungkin berminat dengan

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement