Skip to main content

Berita Tempatan

Tomok Hadiahkan Arian Ayam Golek Sempena Hari Lahir

tomok.jpg
Penyanyi Tomok telah menghadiahkan anaknya, Arian Shah Akid seekor ayam golek sempena hari lahirnya yang kelima, pada 25 Mei (semalam).

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, memberitahu anaknya itu memang gemar memakan ayam sejak kecil lagi.

"Ayam merupakan menu wajib untuk Arian setiap kali menjamu selera.

"Sebagai bapa saya akan cuba penuhi keinginan Aryan tetapi bukan setiap hari saya bagi dia ayam sebab perlu ada kelainan dalam menu makanannya setiap hari.

"Jadi hari ini, sudah alang-alang saya berada di bazar ramadan bersama Sajian Hati Digi, saya ingin membuat kelainan dengan membelikan ayam golek sempena hari lahirnya bukan kek seperti kebiasaan.

"Terima kasih Sajian Hati Digi kerana memberi peluang untuk saya membeli makanan kepada Arian sempena hari istimewanya hari ini," katanya kepada Astro Gempak.

Tomok ditemui pada Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam, pada Isnin.

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.

Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di bazaar Ramadan Stadium Darul Aman, pada 1 Jun ini bersama pelakon Sherry Ibrahim.


Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™  menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Must-Watch Video

Advertisement