Aktres jelita Nelydia Senrose akan lebih memilih watak lakonan yang ditawarkan kepadanya selepas ini.
Menurut Nelydia, dia tidak mahu melakonkan watak yang sama dengan kerap dan inginkan watak yang berbeza untuk mencabar dirinya.
"Sudah berbelas tahun saya berkecimpung dalam industri hiburan, sudah tiba masanya untuk saya mencabar diri saya.
"Bagi saya, dengan melakonkan watak yang berbeza dari lakonan saya sebelum ini mampu mencabar diri sekaligus menambahbaik kualiti lakonan saya.
"Mulai sekarang, saya mungkin akan lebih memilih karakter lakonan yang ditawarkan, semuanya demi kualiti lakonan dan kebaikan saya juga," katanya kepada Gempak.
Nelydia berkata demikian ketika ditemui di pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 bertempat di Royal Palace Shah Alam petang tadi.
Nelydia merupakan salah seorang artis yang berkolaborasi dengan jenama itu untuk koleksi raya tahun ini.
Selain Nelydia, Starvilion turut berkolaborasi bersama Hisyam Hamid, Rizman Ruzaini, Uqasha Senrose, Khai Bahar, Zahirah Macwilson dan ramai lagi.