Pengarah, Michael Ang mendedahkan dia juga pernah berdepan dengan sekumpulan penunggang basikal di jalan raya yang menunggang secara merbahaya.
“Dua kali perangai macam ni, satu kali tu dekat highway. Saya macam boleh ke mereka ni buat begini di highway?” kongsinya
“Yang best perempuan pun sama naik gangster okay! Ni pengalaman buruk saya dengan cyclist. Entah apa lah.
“Saya pasti ramai cyclist yang menunggang mengikut cara yang betul, siap ada escort kereta depan belakang.
“Itu okay lah, tak mengacau dan kita tahu apa anda semua tengah buat, ini tak,” jelasnya.
Insiden itu didakwa berpunca daripada penunggang basikal yang menunggang melebihi garisan jalan tular di media sosial.
Video yang dimuat naik di TikTok @Slmanfrish memaparkan situasi tegang apabila kedua-dua pihak bergaduh mulut di bahu jalan dengan dakwaan pemandu bas bertindak agresif terhadap kumpulan penunggang tersebut.
Berdepan perangai geng basikal
Menurut Michael, ada segelintir penunggang basikal yang terlalu ego untuk mengaku kesalahan sendiri biar pun tindakannya itu boleh membahayakan orang lain selain bersikap biadap.“Pasal cyclists dan bas tu! Nak kongsi pengalaman dan tiga kali kena block dengan dia orang bila highlight bean dia orang tak nampak.
“So nak tak nak pembantu peribadi saya hon perlahan-lahan, tak nak lah hon memanjang. Kumpulan itu boleh berhenti, lepas tu tunjuk jari tengah dan entah apa apa dorang jerit dekat kereta aku.
“Dua kali perangai macam ni, satu kali tu dekat highway. Saya macam boleh ke mereka ni buat begini di highway?” kongsinya
Ada yang ikut peraturan
Dalam hantaran yang sama, Michael juga percaya ada kumpulan berbasikal yang melakukan aktiviti tersebut secara berhemah dan mengikut peraturan ditetapkan.“Highway punya lah besar, boleh sahaja anda ride dan lumba sesama sendiri dekat tepi, ini tak, nak tunjuk hero. Sia sia sahaja kalau kena gelek.
“Nasib pembantu saya memandu, kalau saya yang pandu memang dah arwah sebab saya adalah pemandu yang teruk.
“Yang best perempuan pun sama naik gangster okay! Ni pengalaman buruk saya dengan cyclist. Entah apa lah.
“Saya pasti ramai cyclist yang menunggang mengikut cara yang betul, siap ada escort kereta depan belakang.
“Itu okay lah, tak mengacau dan kita tahu apa anda semua tengah buat, ini tak,” jelasnya.
Terdahulu, tular sebuah merakamkan pertengkaran antara penunggang basikal dan pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor.