Skip to main content

Viral

Kalahkan Taylor Swift & Drake! BTS Menang Besar Lagi!

untitled-design-2021-03-06t164517-986.png
Pernah meraih tempat kedua dan ketujuh pada tahun 2018 dan 2019, kumpulan K-Pop popular, BTS meraih kemenangan dalam Anugerah Artis Rakaman Global IFPI bagi tahun 2020 (2020's IFPI Global Recording Artist of the Year).

Memetik laporan Pink Villa, kemenangan BTS itu dikira berdasarkan aspek persembahan mereka menerusi format digital dan fizikal di seluruh dunia.

Kemenangan tempat pertama itu sekaligus menjadikan BTS sebagai artis pertama Asia yang mencapai tahap itu.

Bukan itu sahaja, BTS juga diiktiraf oleh IFPI sebagai artis paling laris bagi tempoh setahun yang kebanyakan rakaman mereka bukan berbahasa Inggeris.

Dalam senarai kemenangan 2020 itu, BTS telah mengalahkan dua bintang hebat Taylor Swift dan Drake, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kredit Foto : Variety





 

Advertisement

Must-Watch Video