Anggap Lagu Sukar
Shazreen atau lebih mesra disapa Shaz itu turut berharap penonton dapat membezakan kedua-kedua persembahannya itu.
“Sebenarnya lagu Cinta itu ramai cakap macam makanan saya tapi sebenarnya disebaliknya ia sangat susah sebab bila orang terbayang dan saya mahu keluarkan daripada bayangan itu.
“Jadi pada persembahan saya minggu kedua, saya ada ubahkan sedikit arrangement lagu tersebut.
“Saya harap penonton dapat bezakan persembahan saya semasa di majlis konvokesyen lalu dan persembahan di Gimme The Mic,” katanya kepada Gempak usai konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.
Baju Dikatakan Tiru Penyanyi Lain
Advertisement
Dalam pada itu, Shaz turut memaklumkan dia terima dengan komen-komen netizen yang mengatakan busana yang disarung pada malam tersebut menyerupai busana seorang penyanyi wanita lain.
“Untuk baju, setiap minggu designer saya mereka tidak maklumkan pada saya baju apa yang mereka akan buat.
“Jadi setiap rekaan yang mereka hasilkan adalah rekaan baju baharu.
“Kalau menyerupai artis lain itu, kita dalam dunia fesyen kan, pusing-pusing akan tersama. Saya terima sahaja, asalkan dia cantik,” ujarnya.
Juri Puji Persembahan
Mengulas mengenai komen positif juri, Shaz meluahkan rasa syukur apabila persembahannya itu diterima baik oleh juri.
‘Saya dapat pujian daripada Ajai, setiap orang tahu Ajai adalah seorang yang cerewet.
“Pada minggu kedua, saya dapat perkataan ‘perfect’ daripada dia dan dia kata tak jumpa salah.
“Kalau ditakdirkan bukan rezeki saya pada malam itu, itu adalah momen terindah untuk saya, saya akan ingat, happy sangat,” luahnya teruja.
Pada minggu kedua, Shazreen ternyata memukau semua penonton dan juri apabila menyanyikan lagu Cinta nyanyian Marsha Milan.