Skip to main content

Berita Tempatan

#GempakSpot: Apa Yang Perlu Dilakukan Wanita Apabila...

1.jpg
Berikut adalah beberapa situasi yang mungkin dihadapai oleh wanita dan apa yang anda boleh lakukan dalam situasi-situasi berikut.

Situasi 1

Seorang wanita mahu naik lift ke tingkat 13 waktu malam. Dia berseorangan, tiba-tiba ada seorang lelaki yang tidak dikenali ingin naik bersama. Apa yang perlu dilakukan?

Cara Terbaik

Setelah berada di dalam lift dan anda perlu ke tingkat 13, pastikan and menekan kesemua butang yang ada, daripada tingkat satu hingalah ke tingkat destinasi anda. Tujuannya adalah kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda di dalam lift yang berhenti pada setiap tingkat.

Situasi 2

Ada lelaki berjaya memecah masuk rumah anda dan ketika itu hanya anda seorang sahaja yang berada di rumah. Apa yang perlu dilakukan?

Cara Terbaik

Lari ke dapur! Ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbut cili, lada hitam dan kunyit disimpan, serta kedudukan pinggan dan pisau di dapur anda. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata untuk perlindungan anda. Mulakan dengan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada. Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda. Bunyi yang kuat dan bising adalah musuh terbesar penjenayah. Mereka tidak mahu ditangkap.

Situasi 3

Ketika berjalan di satu laluan, tiba-tiba anda terasa seperti ada yang mengikut anda daripada belakang. Apa yang perlu dilakukan?

Cara Terbaik

Ubah haluan! Ubah haluan jalan anda secara tiba-tiba, sama ada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran.

Jika anda diikuti oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus, ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik mendapatkan anda, dan memungkin mereka untuk berputus asa dan mencari mangsa lain.

Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?" dengan suara yang paling kuat dan garang. Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian daripada penyerang. Jika masih tidak berhasil, jerit sekuat hati! Jika anda mempunyai 'self-alarm' bersama anda, gunakannya.

Situasi 4

Katakanlah anda baru tiba daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan waktu sudah lewat malam. Anda cuba hubungi teman tetapi tidak berangkat. Keluarga pula tidak mempunyai kereta untuk menjemput anda dan anda terpaksa menaiki teksi. Lebih menakutkan, pemandu teksi tersebut ada 'vibes' yang tidak baik dan tidak ada lagi teksi lain berdekatan. Apa yang perlu dilakukan?

Cara Terbaik

Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda catit butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor teksi tersebut dalam bahasa yang mudah difahami oleh pemandu teksi.

Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang seolah-seolah anda sedang berbual di telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu anda ada orang lain yang sudah mempunyai maklumat kenderaannya dan jika apa-apa berlaku, dia pasti berada dalam masalah besar. Ini membuatkan pemandu tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Situasi 5

Walaupun sudah mengambil nombor kenderaan dan nama pemandu, serta sudah membuat panggilan kepada keluarga, tetapi pemandu kenderaan tersebut masih cuba membuat sesuatu, seperti menukar arah pemanduan ke tempat sunyi, apa yang perlu dilakukan.

Cara Terbaik

Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut daripada belakang. Dalam beberapa saat dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya and tidak mempunyai beg tangan bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

Sebaik-baik perlindungan bagi seorang wanita adalah memakai pakaian sopan dan mengelakkan diri daripada berjalan seorang diri di kawasan sunyi. Dan paling penting adalah doa!

Tips Ilustrasi Mempertahankan Diri









Kredit Gambar: Twitter @arrogant8_mrs

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @arrogant8_mrs dan mendapat hampir 21 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement