Skip to main content

Berita Tempatan

"Eh! Ayah Aku Dah Tak Ada Ler, Pedih Wooo" - Noorkhiriah

khiriahh.jpg
Pelakon Noorkhiriah berkongsi kisah kenangan bersama ayahnya, Ahmad Shapie ketika pulang ke kampung halaman menyambut hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah menjelaskan rasa rindu yang ada pada ayah tersayang tidak dapat diungkapkan apabila melihat kerusi kesayangan ayahnya itu.

"Bila duduk dekat kerusi arwah pak ni baru kakak perasan. Eh! ayah aku dah tak ada leerr, pedih wooo. Kerusi ini kerusi tempat duduk arwah ayah akak, kerusi peberet.

"Nampak buruk tapi masih elok, sebelah dia pula kolam ikan pak tapi mak kakak dah buat kolam renang cucu-cucu, siap atap lagi, gerand. Mak tak sampai hati nak pecah.

"Bila time raya ni rindu memang giler punya datang. Tak pernah terfikir pak pergi cepat #kematianadalahperkaraygmengejutkan tiap sudut macam nampak.

"Tapi depan mak kena cover sebab selama Pak tak ada, kakak tak penah nampak mak teriok. Kuat mak koi weh. Mak kabo jangan sedih sian pak.

"Maka nak teriok dediam dalam jamban sambil kekonon jirus air, padahal air mata dengan air paip sama laju. Kami anak-anak dan Mak sayang Pak tak ada penghujung.

"Mohon saudara dan saudari kakak sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah akak dan saudara mara kita terlebih dahulu berjumpa Dia, terima kasih semua," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila duk kt kusi arwah pak ni baru akk pasan..eh ayah aku dh tkde leerr..pedih wooo..kusi ni kusi tmpt duduk arwah ayah akak,kusi peberet..nmpk buruk tp msh elok..sbelah dia lak kolam ikan pak tp mak akk dh wat kolam renang cucu2,siap atap lagi,gerand..mak tk sampaiati nak pecah..bila time raya ni rindu mmg giler pnya dtg..tk penah tpikir pak pegi cpt #kematianadalahperkaraygmengejutkan tiap sudut mcm nmpk..tp depan mak kena cover sb selama Pak xde,akak tk penah nmpk mak teriok..kuat mak koi weh..mak kabo jgn sedih sian pak..maka nak teriok dediam dlm jamban sambil kkonon jirus air,padahal airmata dgn air paip sama laju..Kami anak2 dan Mak syg Pak tkde penghujung..Mohon saudara/i akak sedekahkan Al Fatihah buat arwah ayah akak dan saudara mara kita terlebih dahulu bjumpa Dia,mkasih semua?

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Untuk rekod, Noorkhiriah telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Must-Watch Video

Advertisement