Skip to main content

Berita Tempatan

“Dah Besar Nak Jadi Macam Papa”- Jawapan Anak Johan Buat Netizen Terharu

ozlynnanak.jpg
Cerita pelakon Ozlynn Waty mengenai anaknya, Haziq yang mahu menjadi seperti bapanya, Johan apabila sudah besar nanti, telah menyentuh hati netizen.

Ozlynn menerusi akaun Instagram miliknya menceritakan bagaimana Haziq mendedahkan sebenarnya dia mahu seperti bapanyanya yang bekerja sebagai seorang penyampai radio.

Ia tercetus selepas Ozlyn memberitahu di sekolah anaknya, semua pelajar diminta berpakaian bebas serta mengikut cita-cita pekerjaan yang mereka impikan bila sudah besar.

Namun, akhirnya Haziq memakai costume atau baju adiwira, Spiderman.

“Semalam di sekolah mereka kira hari berpakaian bebas mengikut apa yang mereka nak jadi.. macam doctor so pakai la baju doctor.. contoh.. so kitaorg tanya Ariq, Haziq dan Chantiq nak jadi apa..

“Tapi jawapan yang paling best dari Haziq.. dia cakap dah besar nak jadi AYAH.. semua bantai gelak.. Abang Ariq bagi tau dia.. Haziq.. semua dah besar nanti jadi ayah.. sekarang ni mama tanya u nak jadi apa.. sebab nak siapkan baju u.. u nak jadi doctor ke, pilot ke apa? Dia terus sound abg Ariq balik.. eh betul la Haziq cakap jadi ayah.. lepas tu pergi kerja @era.je muzik hit terbaik.. pregi sekali dengan papa.. kan ke senang..

“Jadi esoknya bila nak siapkan pergi sekolah.. dia melalak pasal pemilihan baju.. kita dah siapkan dia baju macam papa tapi tak mahu.

“Dia cakap semalam papa ada pesan pada dia.. dia boleh jadi apa yang dia nak ikut buku yang dia baca.. so papa suruh dia jado Spiderman..Jadi, terpaksa cari baju Spiderman untuk dia pakai,
” tulisnya.

Perkongsian tersebut juga medapata perhatian daripada peminatnya kerana rata-rata terharu dengan sikap Haziq yang bangga dan sanjung bapanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semlm kat skolah dorg kira hari berpakaian bebas mengikut apa yg dorg nak jd.. mcm doctor so pakai la baju doctor.. contoh.. so ktorg dok tanya ariq, haziq n chantiq nak jadi apa.. tp jawapan yg paling best dr haziq.. dia ckp dh besar dh jadi AYAH.. sume bantai gelak.. abg ariq bgtau dia.. haziq.. sume dh besar nnt jadi ayah.. skrg nih mama tanya u nak jd apa.. sb nak siapkan baju u.. u nak jd doctor ke, pilot ke apa? Dia trus sound abg ariq balik.. eh betul la haziq ckp jadi ayah.. pastu g kerja @era.je muzik hit terbaik.. pegi skali ngan papa.. kan ke senang.. u yg xtau nk jd apa.. jgn tuduh2 i abg ariq..???.. aduhaiii smp ke sudah dia ckp nk jd PAPA.. so esoknya bila nk siapkan g skolah.. dia melalak psl pemilihan baju.. kita dh siapkan dia baju mcm papa dia la... dia xmo.. dia ckp semlm papa ada pesan kt dia.. dia boleh jd apa yg dia nk ikut buku yg dia baca.. so papa suh dia jd spiderman.. so meraban la sume carikan baju n mask dia.. nsb jumpa.. syg betul dia kt papa dia.. smp dgr apa yg papa dia suh pakai.. kakak chantiq nape pakai mcm tu?? Haaaa masak aku.. dia kata nk jd firefighter ?‍? nk tlg org... ?.. dh mcm laki jugak pangai dia.. ?.. ank2 korg mesti ada perangai2 pelik jugak kan?? Apapon kita mak2 juga hero rumahtangga.. sakit demam pun still bgn buat keje umah.. #selamathariwanita buat ibu2 semua♥️? p/s: jgn terpesona dgn spiderman yg costume sendat seksi tuh.. papa dia jeles nnt.. papa dia dh booked utk kemam kang..?.. salam jumaat sume

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
 

Advertisement

Must-Watch Video