Skip to main content

Viral

Cayalah! One Cent Thief Antara Yang Tercalon Dalam ContentAsia Award! Semak Senarai Penuh

cayalah-one-cent-thief-antara-yang-tercalon-dalam-contentasia-award!-semak-senarai-penuh.jpg

Karya anak Malaysia semakin hebat apabila drama Astro Original Siri terbitan Astro Shaw, One Cent Thief tercalon dalam ContentAsia Award ke-4.

Anugerah tersebut mengetengahkan kandungan (content) dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di seluruh rantau Asia.

Advertisement

Lebih membanggakan lagi, kandungan dan bakat-bakat dari Astro telah tercalon untuk 11 anugerah bagi lapan kategori.

Anugerah itu termasuklah One Cent Thief bagi pencalonan untuk Drama Siri Terbaik manakala satu lagi siri Astro Original iaitu Liar tercalon untuk kategori Adaptasi Format TV (Skrip) Terbaik di Asia.

Sebanyak 123 pencalonan bagi 24 kategori yang dipertandingkan meliputi negara-negara seperti Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Sebanyak 500 penyertaan dari seluruh rantau telah diterima tahun ini dan lebih 80 ahli juri dari seluruh Asia, UK dan A.S membuat pilihan utama mereka. 

Pemenang anugerah ini akan diumumkan pada 24 Ogos 2023 pada malam gala Anugerah ContentAsia 2023, bertempat di The Athenee Hotel Bangkok, Thailand. 

Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook ContentAsia.

Berikut merupakan pencalonan Astro:

Best Kids TV Programme in Asia

1. Legenda Puteri Qaseh 

2. Senduk Swap 

 

Best Asian Talk Show

1. Next To Neelofa S2 
 

Best Asian Comedy Show

1. Debunk 

2. Palatao Perdana Deepavali Galatta 

 

Best Asian Feature Film / Telemovie

1. Lebai Sampan 

2. Sekolah Sampah 

 

Best Asian Drama For A Single Market In Asia

1. One Cent Thief 

2. The Patient 

 

Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia

1.Liar

 

Best Supporting Actor

1. Naim Daniel (Projek High Council)

 

Best Male Lead

1. Shukri Yahaya (Andai Itu Takdirnya)

 

Must-Watch Video