Gara-gara anak perempuannya enggan ke sekolah, seorang bapa dari Thailand telah memutuskan untuk memberi pengarajan yang berharga buat anaknya.
Bapa itu telah mengarahkan anak perempuannya yang bernama Pita pergi bekerja seperti orang dewasa lain jika dia tidak mahu menghadiri sesi persekolahan.
Ibu kepada Pita, Hathairat Neramittanakul telah memuat naik dua keping foto anaknya yang sedang bekerja mencari wang di laman Facebook miliknya.
Menerusi foto-foto tersebut, Pita yang ditemani oleh ayahnya mengenakan baju berwarna kuning sambil memakai topi payung di kepala.
Pita menjual pisang goreng kepada pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan trafik.
Perkongsian ibu Pita di laman Facebook mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi viral di Thailand.
Setakat ini, perkongsian tersebut mendapat 48,000 ‘likes’ serta 16,000 ‘share’.
Menurut Hathairat, mereka mengambil keputusan untuk bertindak sebegitu selepas anaknya enggan ke sekolah.
“Apabila Pita berkata dia sudah tidak mahu menghadiri sesi persekolahan, saya menjawab, tak ada masalah. Namun begitu, sekiranya dia tidak mahu ke sekolah, Pita harus bekerja seperti orang lain juga”, katanya.
Tambah Hathairat, jika berada di sekolah sudah mula membuatkan Pita berasa bosan, dia terpaksa bekerja dan berhadapan dengan realiti dunia sebenar.
Walaupun mereka menyuruh Pita bekerja, Hathairat dan suami hanya membenarkan Pita menjual empat bungkus pisang goreng sahaja selepas Pita mengadu keadaan cuaca yang agak panas ketika dia sedang bekerja.
Setelah selesai menjual pisang goreng, Pita diberi gaji sebanyak 10 baht (RM1.26) dalam menghargai usahanya untuk belajar mengenai kepayahan dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: Coconuts Bangkok