Skip to main content

Selebriti

Berkat Pengurusan Wang Oleh Isteri, Nabil Ahmad Sekeluarga Rasa ‘Manis-Manisnya’ - “Apa Yang Orang Nampak…”

Nabil

Sekilas

  • Nabil Ahmad mengesahkan memiliki tanah seluas empat ekar di Raub, Pahang, hasil pengurusan kewangan bijak isterinya, Zira Ayub.
  • Nabil memuji peranan Zira dalam menguruskan kewangan keluarga kerana dia sendiri gemar berbelanja.
  • Mereka berkahwin sejak 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira, Layla, dan Mishall.

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad tidak menafikan dakwaan dirinya memiliki sebidang tanah seluas empat ekar di Raub, Pahang.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata kemewahan yang dikecapi hari ini adalah hasil dari pengurusan kewangan bijak isterinya, Zira Ayub.

“Saya tak boleh nak ambil kredit sepenuhnya sebab menteri kewangan saya pun ada di sini. Dialah yang bagi idea.

"Saya sangat bersyukur dapat isteri yang pandai menguruskan kewangan. Apa yang orang nampak hari ini adalah hasil pengurusan kewangan yang baik daripada isteri.

“Zira yang pandai susun keutamaan, mana yang perlu dibayar, disimpan dan dilaburkan sepanjang kami berkahwin,” katanya kepada Gempak.

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertunjukan fesyen Raya Jakel 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Sementara itu, Zira turut akui bahawa Nabil seorang yang gemar berbelanja, sekali gus mendorongnya mengambil peranan menguruskan hal ehwal kewangan keluarga.

“Dia memang kuat berbelanja. Kalau duit masuk hari ini, hari ini juga boleh habis,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 14, Layla Medyna, 11, dan Mishall Imani, 7 tahun.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement