Skip to main content

Hiburan

K-Pop Demon Hunters Tercalon 2 Anugerah Oscar, EJAE: “Ini Gila!”

Kpop Demon Hunters

Filem animasi K Pop Demon Hunters terus menakluk dunia. Terkini, filem tersebut dengan rasmi tercalon dalam anugerah berprestij Oscar.

K Pop Demon Hunters diumumkan masuk bertanding dalam dua kategori penting di Oscar iaitu Best Animated Feature dan Best Original Song untuk soundtrack, Golden, lapor Billboard. Ia malah menjadi lagu K Pop pertama yang tercalon dalam kategori tersebut di Oscar.

Golden sendiri telah merajai carta Billboard Hot 100 selama lapan minggu berturt-turut dan duduk dalam kelompok 18 lagu teratas di Billboard Global 200.

Mendapat khabar lagu tulisan bersama Mark Sonnenblick, Ido, 24 dan eddy tercalon di Oscar, EJAE mengaku masih tidak percaya dan sedang ‘hadam’ kenyataan tersebut.

“Saya menjerit dengan sangat kuat selepas mendengar pengumuman itu pada pagi Khamis. Ini gila!” katanya yang juga menyanyikan lagu tersebut.

Menerusi kategori Best Original Song, Golden dari HUNTR/X akan bersaing dengan Dear Me (Diane Warren: Relentless), I Lied to You (Sinners), Sweet Dreams of Joy (Viva Verd!) dan Train Dreams (Train Dreams).

Sementara filem arahan Maggie Kang dan Chris Appelhans itu akan bersaing sengit dengan Arco, Elio, Little Amelie or the Character of Rain serta Zootopia 2 yang kini menjadi filem animasi Hollywood di dunia.

Sebelum ini, K Pop Demon Hunters telah membawa pulang kemenangan di Critics Choice Awards dan Golden Globes.

Must-Watch Video

Advertisement