Jika masih ingat, penyanyi rap wanita bertudung dan berbaju kurung pernah mencuri perhatian dalam beberapa acara hiburan sebelum ini.
Malah, gadis cantik bernama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari atau mesra disapa Bunga pernah muncul di Bloomberg dan The New York Times hingga mendapat pujian ramai.
BACA: Muncul Di Bloomberg & The New York Times, Rapper Berhijab Ini Berjaya Buka Mata Dunia
Bagaimanapun, menerusi kemaskini terbaharu di Instagramnya, penyanyi yang muncul dengan single pertamanya berjudul Bunga itu mendapat kritikan apabila memuat naik foto dengan imej lebih moden.
Meletakkan foto terbabit bersebelahan dengan gambarnya bertudung litup dan berbaju kurung, peminat mulai tawar hati dengan perubahan Bunga.
"Kenapa tukar cara pakaian macam itu? Janganlah bila nama dah nak terus tukar imej," tulis pengguna yang dikenali sebagai @amrl_aimn.
Tambah @firdauz.esma pula;"Cuma nak cakap I follow bunga dari Bunga punya pengikut 1,000 je, sebab suka tengok Bunga rap tapi still berbaju kurung dan rasanya orang ramai follow Bunga pun sebabkan keunikan Bunga, tapi kalau Bunga ubah style seperti rappers perempuan lain tak ada lah keunikan dari bunga dah."
"Tolong kekalkan keaslian seperti gambar bawah. Kalau tidak kita, siapa lagi nak bawa imej macam itu ke satu tahap dunia ini pandang," tambah @wannllias.
Dalam foto terbabit, Bunga menggayakan tudung ala turban dan mengenakan baju 'turtleneck' hingga menampakkan sebahagian daripada lehernya.
Berbeza dengan gadis yang memperkenalkan dirinya dengan gaya manis berbaju kurung longgar dan bertudung penuh sebelum ini.