Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donuld Trump dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas 34 jenayah memalsukan rekod perniagaan.
Keputusan daripada juri itu menamatkan perbicaraan yang berlangsung selama berminggu-minggu, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kes bersejarah di AS.
Bersalah
Menerusi laporan yang diterbitkan CNN pada Jumaat, Trump, yang terkenal dengan rayuan panjang terhadap keputusan mahkamah terhadapnya, juga berkemungkinan akan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut yang boleh melambatkan hukumannya, yang kini ditetapkan pada 11 Julai 2024.
“Trump, yang kekal bebas tanpa jaminan, berdepan kemungkinan hukuman penjara maksimum empat tahun bagi setiap pertuduhan,” kata laporan itu.
Keputusan tersebut merupakan satu tamparan hebat kepada Trump, yang bertanding semula dalam pilihan raya presiden AS.
Sebabnya, perkara ini berlaku empat hari sebelum bermulanya Konvensyen Kebangsaan Republikan di Milwaukee, di mana Trump akan disahkan secara rasmi sebagai calon presiden (calon).