Konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza sudah pun melabuhkan tirai. Namun, impak yang ditinggalkan minggu yang dihiasi bintang-bintang undangan ternama itu masih kekal menjadi bualan dalam kalangan peminat.
Sebagai contoh, persembahan Liza Hanim bersama Ziana Zain yang mendendangkan lagu Madah Berhelah masih kekal sebagai persembahan yang menjadi sebutan sehingga ke hari ini.
Menurut penonton, paduan vokal Liza dan Ziana tidak hanya sepadan, malah masing-masing dilihat profesional menyampaikan lagu berhantu itu dengan cemerlang.
Sorotan penonton pada malam berkenaan dipanaskan dengan persembahan duet antara Ayai Illusi dan Datuk M. Nasir menerusi lagu Raikan Cinta. Kata mereka, persembahan tersebut memberi nuansa baharu terhadap keberadaan Ayai dalam All Stars Gegar Vaganza.
Paling istimewa apabila Aliff Aziz membawakan adiknya, Aishah Aziz ke pentas All Stars Gegar Vaganza untuk membawakan lagu If I Ain’t Got You. Tentulah, persembahan dua beradik ini turut meraih perhatian dalam kalangan netizen.
Secara keseluruhan, ada juga yang menyifatkan konsert minggu lalu sebagai sebuah persembahan yang meriah dan lengkap serba serbi.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Beza Markah Sikit Sahaja, Liza Hanim Hampir Rampas Kedudukan Pertama!

hello THE queens liza hanim and ziana zain?! carried the whole show tonight ?? #gegarvaganza2023 pic.twitter.com/FzrVyrEwH3
— a (@sojuyou) October 15, 2023
Menurut penonton, paduan vokal Liza dan Ziana tidak hanya sepadan, malah masing-masing dilihat profesional menyampaikan lagu berhantu itu dengan cemerlang.
Ayai dengan M. Nasir memang power sangat weh. Puas hati gila https://t.co/9kr6bovw8b
— ??? ???? (@rdh8tv) October 16, 2023
Sorotan penonton pada malam berkenaan dipanaskan dengan persembahan duet antara Ayai Illusi dan Datuk M. Nasir menerusi lagu Raikan Cinta. Kata mereka, persembahan tersebut memberi nuansa baharu terhadap keberadaan Ayai dalam All Stars Gegar Vaganza.
sedapnyeee aliff aziz and aisyah azizzz
— kim dami (@alyarsyia) October 15, 2023
Paling istimewa apabila Aliff Aziz membawakan adiknya, Aishah Aziz ke pentas All Stars Gegar Vaganza untuk membawakan lagu If I Ain’t Got You. Tentulah, persembahan dua beradik ini turut meraih perhatian dalam kalangan netizen.
Last night was a GV’s concert like no other!
— fafaw (@arinarosli) October 16, 2023
The crowd caught the groove,
we danced, clapped, and sang our hearts out.
What a night! ??? #GegarVaganza #gegarvaganza10 #GegarVaganza2023 #AllStarsGegarVaganza pic.twitter.com/EgW3eUkkTK