Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan impian peminat untuk menyaksikan persembahan kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS bakal menjadi kenyataan, lapor Astro Awani.
Menurut Saddiq, pihaknya dalam usaha untuk membawa masuk kumpulan tersebut ke Malaysia selewat-lewatnya pada 2020, sempena Tahun Melawat Malaysia.
Tambah Saddiq lagi, beliau telah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.
“Jadi, dalam bab ini saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan.
“Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia.
“Saya telah pun tanggungjawabkan kepada Fernandes untuk buat perkara ini kerana beliau telah berjaya hari ini (sambutan Hari Terbuka di Perbadanan Stadium Malaysia) dan ia satu kejayaan yang besar apabila 200 orang (tokoh-tokoh dunia hiburan) hadir,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Setahun Pakatan Harapan (PH) di kementeriannya di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, kehadiran kumpulan pemuzik luar negara ke Malaysia bukan bertujuan untuk melalaikan generasi muda, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.
Jelasnya, industri hiburan Malaysia telah mencatatkan keuntungan kira-kira USD4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP baru-baru ini.
“Sebagai contoh, baru-baru ini kita adakan konsert hiburan terbesar Ed Sheeran di mana 45,000 orang (hadir) dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual dan ia dijalankan sangat baik.
“Apabila mereka (penganjur) melihat kemampuan kita mengadakan (konsert), banyak yang berminat,” katanya.
Syed Saddiq menambah, beliau tekad memastikan industri hiburan Malaysia tidak berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik telah beralih ke negara itu bagi menyaksikan konsert.
"Kebanyakan mereka (peminat) akan pergi ke Singapura dan tidak ke Malaysia. BTS misalnya, pergi ke Singapura dan akhirnya rakyat Malaysia dan Indonesia sanggup membeli tiket penerbangan pergi ke Singapura dan kita hilang potensi.
"Kita hilang pendapatan dan tidak kompetitif. Singapura contohnya, untuk memastikan dia jauh ke hadapan dari Malaysia, cukai hiburan mereka antara paling rendah sekali. Di Malaysia ia lebih kurang 23 peratus," katanya.
Katanya lagi, pihaknya komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia sebagai hub industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara.
Sebelum ini, Fernandes mengeluarkan kenyataan di laman Twitter rasminya bahawa beliau sedang bekerja keras bagi merealisasikan impian BTS Army pada 14 April lalu.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, pihaknya sedang berhubung dengan pihak syarikat hiburan Live Nation dan setakat ini masih belum mempunyai kata putus untuk tarikh kedatangannya.
BTS atau Bangtan Boys telah menarik perhatian seluruh dunia sebaik mengumumkan kemunculan album ‘Map of the Soul: Persona’.
Sumber: Astro Awani