Skip to main content

Budaya Popular

“Rasa Hilang Semuanya” – Putus Cinta Dan Kematian Sahabat Baik Punca Berat Badan Dana Naik

dana-gain-weigh.jpg
Penampilan bekas anggota kumpulan The Grace, Dana mengejutkan ramai pihak apabila berat badan naik secara mendadak.

Menerusi program realiti terbarunya, Fly Again, Dana menjelaskan berat badannya naik disebabkan berasa tertekan dengan situasi yang menimpa dirinya.

“Saya melalui dua situasi yang agak besar dalam hidup. Saya telah berpisah dengan cinta pertama saya dan perkara itu benar-benar meninggalkan kesan,” katanya.

Tidak hanya putus cinta, kata Dana berita rakan baiknya yang terlibat dalam kemalangan menambah tekanan menyebabkan dia beralih kepada makanan.

“Sedang saya berusaha untuk melupakan apa yang berlaku, ketika itulah saya menerima satu panggilan yang tidak diduga.

"Selepas kejadian itu, rasa seperti hilang semuanya dan insomnia saya juga semakin teruk. Sejak itu berat badan saya meningkat," jelasnya.

Sumber: Koreaboo
 
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement