Ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut bulan Ramadan, pastinya antara golongan yang paling terkesan adalah anggota polis kerana bertanggungjawab menjaga sekatan jalan raya.
Namun, baru-baru ini Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. Anbalagan telah mengadakan satu inisiatif untuk memudahkan anggotanya menerusi sistem giliran.
Menurut A. Anbalagan, sistem giliran bakal menempatkan anggota polis bukan Islam di semua sekatan jalan raya di daerah barat daya, Pulau Pinang ketika waktu Maghrib.
Jelasnya tindakan itu dibuat bagi membolehkan anggota polis beragama Islam selesa untuk berbuka puasa walaupun sedang menjalankan tugas.
“Sempena Ramadan ini, saya mengambil inisiatif dengan menempatkan 39 anggota bukan Islam di lapan sekatan jalan raya ketika waktu berbuka puasa.
“Mereka akan ambil alih tugas dari 7 ke 8 malam bagi membolehkan anggota beragama Islam yang bertugas berbuka puasa dengan selesa selain menunaikan solat,” katanya.
Menurut A. Anbalagan, dia yakin sistem ini juga dapat memupuk semangat di kalangan anggota polis sekaligus mewujudkan masyarakat yang harmoni, penyayang dan memahami.
Apapun kepada Superintendan A. Anbalagan anda memang hero!
Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19 ini.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Sumber: The Star