Skip to main content

Budaya Popular

Kristen Stewart Botakkan Kepala Demi Filem Underwater

kristen-stewart.jpg
Aktres yang popular menerusi filem Twilight, Kristen Stewart telah mengejutkan peminatnya apabila muncul  berkepala botak.

Menurut laporan Daily Mail, Kristen telah tampil dengan imej tersebut ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Personal Shopper di Los Angeles.

Ternyata, kemunculan Kristen telah menjadi perbualan para peminat apabila mereka mula bertanyakan punca pelakon tersebut membotakkan kepalanya.

"Penampilan Kristen dilihat begitu berbeza sekali berbanding dahulu sehingga ada di antara peminat hampir tidak mengenalinya.

"Namun, penampilannya pada malam itu dilihat sangat cantik walaupun berkepala botak.

"Kristen membotakkan kepalanya untuk karakter dalam filem lakonan baharunya Underwater yang sedang menjalani penggambaran," kata sumber.

Advertisement

Must-Watch Video