Skip to main content

Budaya Popular

Ismail Izzani Bakal Sambung Belajar Tahun Depan

befunky-collage_24.jpg
Penyanyi yang semakin meningkat naik Ismail Izzani mendedahkan dia tidak akan mengambil ujian Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menurut Ismail, dia akan menyambung belajar melalui peperiksaan yang disediakan di universiti swasta.

"Saya bukan menangguh SPM tetapi tidak akan mengambilnya.

"Saya akan mengambil peperiksaan di universiti swasta pilihan saya.

"Sepatutnya pada tahun ini yang dirancang tetapi perlu ditangguh. Insyaallah tahun depan saya akan menyambung belajar," katanya.

Ismail ditemui ketika Muzik Muzik 33 Separuh Akhir Minggu Kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Demi Kita ini dia merancang untuk menyambung belajar dalam bidang muzik," katanya kepada Gempak.
 

Must-Watch Video

Advertisement