Skip to main content

Budaya Popular

"Hey You, Hijabista You, Biadap You, No Manners You!" - Watak Kak Su Menjadi, Popularkan Nama Reen Rahim

kaksu.jpg
Nama pelakon cantik, Reen Rahim kian menjadi sebutan kerana wataknya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.

Memegang watak sebagai Kak Su, lakonan yang dipaparkan oleh Reen sangat menjadi.

Malah, beberapa dialog yang dituturkan oleh Reen dalam drama bersiri itu turut tular di media sosial.

Menerusi laman Twitter, sedutan babak karakter Kak Su yang memarahi watak Nadine lakonan aktres Sarah Hildebrand menjadi sebutan netizen.
 
Rata-rata netizen memuji watak terbabit dan menggemari cara lakonan Reen yang meninggalkan kesan di hati penonton.
 
Selain Reen dan Sarah, Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement