Gelagat anak sulung kepada pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar ketika menyambut majlis ulang tahun kelahirannya yang pertama sememangnya mencuit hati.
Ragam Yusuf itu dilihat menerusi video dan juga beberapa foto yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG), @theyusufiskandar semalam.
Mimik wajah Yusuf ketika bergambar serta kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri menarik perhatian pengikut IGnya.
Entri itu juga membuatkan peminat turut membalas komen-komen lucu yang berkaitan dengan kapsyen selain mengusik Yusuf.
Walaupun Yusuf telah menyambut hari jadi pertama pada 3 Jun lalu, namun disebabkan jadual kerja yang padat Hanis atau lebih mesra dengan panggilan Kek Nis ini baru berpeluang mengadakan majlis itu semalam.
Dalam pada itu, pengikut IG juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadi kepada Yusuf dan mendoakan supaya menjadi anak yang soleh dan sihat selalu.