Stesen radio Gegar kini tampil dengan Tukang Karut GEGAR DEEJA yang membuka peluang kepada peminat merebut peluang untuk menonjolkan diri dalam seni dikir barat bermula sekarang hingga 11 September 2019.
Penyertaan tersebut terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 34 tahun dimana peserta perlu memuat naik video persembahan tukang karut yang berdurasi 60 saat di Instagram.
Video tersebut harus disertakan dengan tanda pagar (hashtag) #TukangKarutGegarDeeja di ruangan kapsyen dan tetapan akaun haruslah dibuat untuk tatapan awam (public).
Individu yang disenarai pendek akan di hubungi untuk menghadiri uji bakat bersama juri di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Majlis kemuncak pula akan berlangsung pada 20 September di Kelantan, ia bakal menampilkan Sabri Yunus dan Eddie Hamid selaku juri pertandingan.
Di peringkat akhir, empat individu yang menunjukkan persembahan terbaik akan memenangi sebahagian wang berjumlah RM5,000.
Juara keseluruhan akan membawa pulang RM3,000 bersama trofi kemenangan dan menjadi artis rakaman bersama Eddie Hamid Entertainment. Tempat kedua and ketiga masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000, manakala hadiah saguhati bernilai RM500 diberikan kepada peserta yang terpilih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gegar.my.