Skip to main content

Budaya Popular

BTS, Kumpulan K-Pop Pertama Cecah 20 Juta Pengikut Di Twitter

bts-20-juta.jpg
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS mencatat rekod baharu apabila menjadi artis Korea pertama yang memiliki 20 juta pengikut di Twitter.
 
Fenomena BTS ini nampaknya semakin menjadi-jadi apabila akaun mereka, @BTS_twt mencatatkan pertambahan pengikut daripada 15 juta kepada 20 juta dalam masa kurang setahun bermula 30 May 2018.
 
Diikuti dengan akaun kedua yang mencatatkan pengikut teramai iaitu @bts_bighit yang merupakan akaun rasmi BTS dengan jumlah 15 juta pengikut.
 
Kumpulan yang berpangkalan di Seoul itu kini secara rasmi memegang kumpulan muzik paling berpengaruh di Twitter.
 
Terdahulu, @BTS_twt merupakan akaun peribadi BTS yang dikongsi dan dikendalikan sendiri oleh Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook.
 
BTS aktif menggunakan akaun tersebut untuk berkomunikasi dan berkongsi aktiviti harian bersama peminat mereka di seluruh dunia.
 
Sumber: Soompi

Foto: @piecesofmine_jm

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement