Skip to main content

Budaya Popular

“Bila Tak Ada Masing-Masing Tanya Mana-Mana Tapi Bila Jumpa…” – Isteri Tomok Dedah Perangai Anak

arrian-andra-perangai.jpg
Isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas mendedahkan sikap dua orang anaknya, Arrianshah Akid, 7
dan Andrashah Iman, 4.
 
Ayu berkongsi perkara itu menerusi coretan pendek di akaun Instagramnya hari ini.
 
Menurut Ayu, kedua-duanya saling merindui apabila berjauhan namun sebaik bertemu ada sahaja perkara yang ingin digaduhkan.
 
“Bila salah sorang tak ada masing-masing tanya... Mana… Mana... Tapi bila jumpa tak sah kalau tak gaduh.
 
“Ada saja yang nak direbutkan... Digaduhkan... Eloklah tag line mereka berdua bagi sendiri #memangriuhdanjugakecoh macam dalam lagu rockstarjr tu...” tulisnya.
 
Menerusi ruangan komen, pengikutnya juga berkongsi perangai anak-anak mereka yang hampir serupa dengan Arrian dan Andra.

 
Selain itu, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan dan keutuhan kasih sayang antara Arrian dan Andra biarpun mereka masih kecil.
 
Foto: Instagram @ayu_abas
 

Advertisement

Must-Watch Video