Skip to main content

Budaya Popular

"Bertuahnya Ada Sahabat Dunia Akhirat" - Kejutan Johan Buat Zizan Bikin Netizen Cair

zizan2.jpg
Semalam merupakan hari kelahiran buat pelawak dan pelakon Zizan Razak. Maka ramailah netizen dan rakan artis yang memberi ucapan hari jadi buat beliau.
 
Namun dalam banyak-banyak ucapan ini, mungkin tidak boleh menandingi kejutan yang dibuat oleh rakan baik Zizan sendiri iaitu Johan.
 
Video yang dimuat naik oleh Zizan di Instagram semalam menunjukkan Johan bersama isterinya Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn sedang merancang melakukan 'birthday suprise'. Menariknya kedua-dua suami isteri ini hanya datang dengan menunggang motosikal. Sempoi bukan?
 
"Ni cerita semalam. Tengah sedap makan datang makhluk yang lahir bersama Zizan dalam industry seni ni. Love u my man.," katanya menerusi Instagram.
 
Rata-rata netizen dilihat kagum dengan talian persahabatan antara dua pelawak ini. Ini antara respon mereka.



 

Advertisement

Must-Watch Video