Skip to main content

Budaya Popular

"Alhamdulillah Takdak Apa. #IsabellaDepp Is A Strong Girl .." - Nourul Depp Jatuh Dalam Bilik Air

befunky-collage_310.jpg
Penyanyi Nourul Depp telah dimasukkan ke hospital selepas terjatuh ketika berada di dalam bilik air semalam.

Menerusi entri di Instagram Stories miliknya, Nourul berkongsi gambar ketika sedang berada di hospital bagi melakukan pemeriksaan.

Nourul juga melahirkan rasa syukur kerana anak di dalam kandungannya berada dalam keadaan selamat dan sihat.





Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.

Untuk perkahwinan sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement