Skip to main content

Budaya Popular

Air Mata Menitis Depan Kaabah, Anita Baharom Dedikasi Ucapan Buat Ibu

anita-bbefunky-collage.jpg
Pelakon Anita Baharom menitipkan ucapan buat hari lahir ibunya ketika dia sedang mengelilingi kaabah di tanah suci Makkah.

Ucapan itu dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.

Dalam video tersebut, Anita mengucapkan selamat hari lahir kepada ibunya sambil menangis terharu.

"Sanah helwah mak, Ita sayang mak dunia akhirat.

"Wirmah Pawanchee, salam ampun dan maaf Ita dan Syifa dari tanah haram," tulis Anita sebagai kapsyen.
 

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Anita meninggalkan respon positif dan turut berasa terharu melihat video tersebut.

Difahamkan, Anita mengerjakan ibadah umrah bersama anaknya, Syifa bermula 10 Disember baru-baru ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video