Skip to main content

“Aura Tidak Dialu-Alukan Sangat Terasa!” - Layanan Hambar, Ziha Salleh Serik Hadiri Majlis Sekadar ‘Cukupkan Tempat’

dvd

Penyanyi Ziha Salleh mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran luahan di media sosial yang mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Ziha atau nama sebenarnya Nurfarah Ziha Salleh meluahkan rasa tidak selesa selepas menghadiri satu undangan yang didakwanya tidak memberikan layanan sewajarnya.

“Dapat jemputan, tetapi aura tidak dialu-alukan itu sangat terasa. Sekadar cukupkan tempat sahaja. Maaf, itu akan menjadi kunjungan terakhir saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ziha tidak memperincikan lanjut mengenai perkara tersebut dan setakat ini memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut berhubung isu berkenaan.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement