Skip to main content

Anggap Datuk Seri Vida 'Comel', Iman Darwisy Ingin Menjadi Seorang Usahawan - "Saya Memang Terbuka Hati Untuk..."

dsv

Bertubuh kecil namun memiliki bakat serta impian yang besar, penyanyi cilik, Iman Darwisy mengimpikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Menurutnya, kerjaya sebagai seorang penyanyi hanyalah sekadar hobi dan dia menjadikan kariernya itu sebagai batu loncatan untuk mempromosikan lagi produk perniagaannya.

“Sebenarnya saya anggap kerjaya sebagai penyanyi ini hanya sekadar hobi. Cita-cita utama saya adalah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Melalui bidang nyanyian juga, saya dapat mempromosikan produk sendiri," katanya kepada Gempak.

Iman berkata demikian Ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Kehilangan di Taman Danau Kota pada Jumaat.

Katanya, dia amat menyanjungi usahawan, Datuk Seri Vida dalam dunia perniagaan kerana personalitinya yang comel, malah dia juga tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan usahawan terkenal itu.

"Saya minat semua usahawan, tetapi paling saya kagumi ialah Datuk Seri Vida kerana personalitinya yang comel dan ceria. Saya terbuka hati untuk bekerjasama dengannya sekiranya saya diberi peluang," ujarnya.

Dalam masa sama, Iman turut berkata bahawa dia juga menyimpan Hasrat untuk menghasilkan barangan kosmetik satu hari nanti memandangkan peminatnya dalah dari kalangan Wanita.

“Saya sekarang ada produk sendiri tetapi saya juga menyimpan hasrat untuk untuk menghasilkan barangan kosmetik sendiri satu hari nanti memandangkan ramai peminat saya adalah dari kalangan Wanita," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Iman turut mempertaruhkan sepenuh jiwa dalam single terbaharunya berjudul Kehilangan.

Kehilangan merupakan sebuah lagu balada yang mengangkat kasih sayang dan kerinduan terhadap seseorang malah lagu tersebut sememangnya dekat dengan dirinya sejak kecil.

“Saya membesar dengan lagu-lagu genre perlahan dan balad dan memang mudah menjiwai lagu macam ini, sebab itu saya pilih Kehilangan sebagai single terbaharu saya.

“Kalau boleh, saya nak ekspresikan penghargaan dan kasih sayang kepada orang yang saya sayang, terutama orang terdekat. Bagi saya, lagu ini boleh jadi simbol perasaan ramai orang,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement