Skip to main content

Hiburan

Edry Kongsi Nak Balik Manchester Tapi Lain Pula Jadi Tumpuan Netizen - “Abang Makan Apa? Tak Nampak…”

Edry Abdul Halim

Sekilas

  • Edry Abdul berkongsi bahawa dia telah selesai menguruskan konsert GenKRU, rakaman, dan promosi lagu baharu.
  • Dia kini sedang bersiap untuk pulang ke Manchester, England bagi menyambut bulan Ramadan di sana.
  • Perkongsian Edry menarik perhatian ramai yang memuji penampilannya yang kekal muda walaupun berusia 50 tahun.

Perkongsian terbaharu penyanyi dan komposer terkenal, Edry Abdul di Threads telah menyorot perhatian.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Edry berkongsi bahawa dirinya baru selesai melakukan beberapa urusan seperti penganjuran konsert GenKRU pada tahun lalu, ‘recording’ serta mempromosikan lagu baharu.

Ujar anggota kumpulan KRU itu lagi, dia kini sedang melakukan pula persiapan untuk pulang ke Manchester, England bagi menyambut bulan Ramadan di sana.

“Misi selesai. Konsert, rakaman dan promosi lagi semua dah selesai.

“Sekarang tengah siap sedia untuk pulang ke Manchester bagi berpuasa di sana.

“Tak sabar nak jumpa peminat dan rakan-rakan sebelum pulang,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji ketampanan Edry di kala usianya yang sudah menginjak 50 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meminta tips awet muda daripada Edry.

“Boleh abang kongsi tips awet muda? Dari kami yang millenials.

“Muda remaja, hensem dan tak nampak tua langsung.

“Bang, kau makan apa sebab tak nampak tua langsung,” komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement