Sekilas
- Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dinobatkan sebagai pemenang anugerah Drama Tergempak 2025 di malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025.
- Acara tersebut berlangsung di MBSA, Shah Alam pada hari Ahad dan menyaksikan Thariq Ridzuwan: His Treasure mengalahkan sembilan calon lain.
- Calon-calon dipilih berdasarkan klip, segmen atau promo drama yang meraih sekurang-kurangnya 1 juta tontonan di semua platform digital dalam tempoh sah.
Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure menepati ramalan selepas dinobatkan sebagai pemenang anugerah Drama Tergempak 2025 di malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025.
Thariq Ridzuwan: His Treasure memenangi anugerah tersebut di acara yang diadakan di MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Thariq Ridzuwan: His Treasure berjaya mengalahkan sembilan calon lain iaitu Bidaah, Curang Tanpa Niat, Dia Bukan Syurga, Dia Imamku, Hilang Dalam Rindu, Honey Minta Maaf, Keluarga Itu, Mandul Bukan Pilihan dan Seribu Tahun.
Calon-calon dalam kategori ini dipilih berdasarkan mana-mana klip, segmen atau promo di dalam drama TV, telefilem atau siri drama digital yang sohor kini merentasi semua platform digital dan memperoleh sekurang-kurangnya 1 juta jumlah tontonan di dalam tempoh sah.