Skip to main content

Selebriti

Raisa Gementar, Tak Sangka Siti Nurhaliza Hadir Ke Konsert - “Terkejut Bila Dapat Tahu Siti Tahu Lagu Saya”

AstroGempak Raisa Datuk Siti

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Raisa, berasa teruja dan gementar apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir menonton konsert jelajah Raisa Ambivert Tour di Zepp, KL.
  • Raisa sempat berseloroh tentang usaha menjaga imej di pentas agar tidak terlalu teruja di hadapan Biduanita Negara itu.
  • Konsert tersebut menampilkan lagu-lagu dari album terbaru Ambivert serta lagu baru Ku Harap Duka Ini Selamanya yang baru dilancarkan.

Penyanyi Indonesia, Raisa akui berbesar hati apabila mengetahui Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir menyaksikan konsert jelajah, Raisa Ambivert Tour yang berlangsung di Zepp, KL pada Jumaat.

Menurut Raisa, 36, dia berasa sangat gementar namun dalam masa sama teruja apabila menyedari figura hebat tersebut duduk di bangku penonton bagi menyaksikan persembahannya.

"Saya sebenarnya tengah berdebar sebab malam ini kita ada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selamat datang.

"Saya terkejut bila tahu Siti tahu lagu saya," katanya semasa konsert berlangsung.

Bagaimanapun ada momen lucu yang terjadi apabila Raisa sempat berseloroh mengenai telatahnya di atas pentas yang perlu dikawal demi menjaga imej di hadapan Siti.

"Semoga saya dapat menjaga imej sepanjang persembahan, tiada jerit-jerit," selorohnya.

Malam penuh emosi tersebut menyaksikan Raisa mempersembahkan deretan lagu daripada album terbaharunya berjudul Ambivert, selain seleksi lagu-lagu hits yang menjulang namanya di rantau ini.

Lebih istimewa, Raisa turut mengambil kesempatan mengalunkan lagu terbaharunya berjudul Ku Harap Duka Ini Selamanya yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi semalam.

Anda mungkin berminat dengan

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Must-Watch Video

Advertisement