Untuk kebanyakan anak muda pada hari ini, dapur bukan sekadar tempat memasak, malah ia menjadi ruang untuk mereka menyimpan 'meal prep' atau stok makanan kegemaran untuk beberapa hari.
Tapi ada satu masalah yang hampir semua orang pernah alami iaitu bau makanan bercampur dalam peti sejuk. Bayangkan menyimpan durian, sambal, makanan ringan, tiba-tiba satu peti sejuk bau sama.
Sebab itu, teknologi penyimpanan makanan kini semakin penting. Salah satu yang menarik perhatian adalah Toshiba NaturePURE Series 820L Refrigerator yang dilengkapi dengan teknologi PureAIR untuk memastikan makanan kekal segar, bersih dan bebas bau.
Peti sejuk ini bukan sekadar tempat simpan makanan. Dengan teknologi PureAIR, ia akan melepaskan ion elektrik yang membantu menghapuskan bau dalam peti sejuk, membunuh bakteria pada makanan dan menjaga kesegaran bahan masakan anda.
Maksudnya, walaupun makanan disimpan di bahagian sudut atau bahagian belakang peti sejuk, ia masih melalui proses pembersihan udara yang sama.
Kalau anda suka menyimpanan makan yang mempunyai bau yang kuat seperti Durian, Cempedak, atau sambal fungi PureAIR ini memang sangat membantu.
Lebih menarik, teknologi ini juga membantu membunuh bakteria seperti E.coli dan Staphylococcus aureus, dua jenis bakteria yang boleh menjejaskan keselamatan makanan.
Bukan itu sahaja, teknologi PureAIR ini juga membantu untuk menyahkankan bau sehingga 99 peratus di seluruh ruang peti sejuk hanya dalam masa 60 minit sahaja.
Sistem ini juga melakukan pembersihan aktif setiap jam, jadi bau tidak akan terkumpul walaupun banyak makanan disimpan dalam satu masa.
Jika anda baru masukkan makanan dengan bau yang sangat kuat, boleh sahaja aktifkan PureAIR Turbo. Dengan satu klik, mod ini akan membersihkan udara tiga kali lebih pantas berbanding mod biasa. 
Selain teknologi udara bersih, peti sejuk ini juga mempunyai kapasiti 820 liter, antara yang terbesar di rantau ASEAN. Jadi, kalau anda ada keluarga yang besar dan suka memasak di rumah, Toshiba NaturePURE Series 820L Refrigerator adalah pilihan yang sangat sesuai.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai siri ini, boleh layari laman rasmi Toshiba di sini