Skip to main content

Hiburan

Pinggul Jadi Perhatian, Wafariena Nafi Buat Pembedahan - "Saya Suka Bentuk Badan Seperti...."

Wafariena

Pelakon, Wafariena Roslan menafikan dakwaan melakukan sebaran pembedahan pada bahagian punggung semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih menonjol.

Kata Wafariena, perubahan yang jelas kelihatan itu adalah hasil usahanya menerusi rutin senaman yang diamalkan sejak bertahun lalu.

“Saya nafikan, tak ada (pembedahan) apa pun. Sejujurnya, bulan puasa pun saya tetap buat senaman.

“Selepas tarawih saya akan bersenam selama satu atau dua jam. Untuk muka pula alhamdulillah tak ada pembedahan, cuma buat ‘skin booster’ sahaja untuk penjagaan kulit,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu juga mengakui dia mengagumi bentuk badan selebriti antarabangsa, Kim Kardashian yang secara tidak langsung menjadi motivasi untuknya kekal berdisiplin melakukan senaman.

“Saya rasa kawan-kawan dalam industri pun meminati bentuk pinggul saya. Biasanya perempuanlah yang akan bertanya kepada saya buat apa untuk mendapatkan bentuk begitu.

“Saya akan beritahu mereka saya buat senaman seperti squat yang ada pelbagai jenis. Saya memang suka bentuk badan seperti Kim K.

“Tapi bukanlah sampai nak jadi macam Kim K sepenuhnya, cuma saya suka penampilan yang ada bentuk sebab saya tinggi. Kalau terlalu kurus pun nampak kurang cantik,” jelasnya.

Wafariena juga menegaskan rutin kecergasan yang diamalkannya bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri serta meningkatkan keyakinan.

Katanya lagi, dia tidak keberatan berkongsi tip senaman kepada rakan-rakan yang bertanya.

“Saya memang akan kongsi bila orang tanya. Saya beritahu mereka buat squat, bukanlah nak kata semuanya semula jadi sampai tak nak berkongsi. Nanti nampak macam belagak pula.

“Saya sudah mula bersenam sejak umur 19 tahun, sekarang sudah 31 tahun. Saya buat senaman bukan untuk masuk pertandingan atau nak menunjuk badan.

“Saya buat untuk diri sendiri supaya rasa lebih yakin, kekal cergas dan mencantikkan diri. Itu hak saya,” ujarnya.

Sebelum ini, perubahan bentuk badan Wafariena menjadi perhatian netizen sehingga timbul spekulasi kononnya dia melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian punggung.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement