Skip to main content

Selebriti

Serah Segalanya Pada Allah, Syed Saddiq Terus Berdoa - “Manusia Boleh Berusaha, Tapi…”

502aecc7 eaa7 40c4 9592 c1b7bb6f7e4c

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq hadir di Istana Kehakiman Putrajaya untuk mendengar keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadapnya.
  • Keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau dikenakan hukuman penjara atas empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA.
  • Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan rayuan pada pukul 9 pagi hari ini.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya pada sekitar pukul 8.49 pagi untuk mengetahui keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.

Syed Saddiq memberitahu dia akan terus berdoa dan berusaha namun Allah yang akan menentukan segalanya.

“Hari ini saya akan terus berdoa… manusia boleh berusaha tapi Allah yang menentukan,” kata Syed Saddiq kepada Gempak.  

Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya sebelum memasuki kamar mahkamah.

Sebelum ini, Bella tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada pukul 7.55 pagi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya.

Bella yang hadir mengenakan baju kurung berwarna kuning ditemani ahli keluarganya hanya sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media dan memberikan ucapan ringkas mendoakan.

Keputusan hari ini akan menentukan Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut pada pukul 9 pagi.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement